Monday 1 February 2010

KU LI MERINTIS JALAN KEJAYAAN UMNO KELANTAN ?

Berdirinya Anak Raja termashur di kelantan ini untuk sama sama menuntut hak dan memelihara maruah cucu cicit Tok Janggut penuh dengan maksud yang tersirat tak kurang jua yang dah tersurat.

Kalau tindakan politik hendak diukur ianya satu tindakan yang amat bijak bagi seorang politik untuk dirinya ini kerana seorang ahli politik memerlukan ramai orang yang menjadi pengikutnya tak kiralah sama ada dari pihak lawan atau pihak kawan ,jelasnya Anak raja ini telah berjaya melonjakkan dirinya berada di dalam keadaan ini.

Perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat walaupun PAS yang lebih menyerlah di pentas itu tetapi hakikat yang perlu di fahami adalah sifat asli ore kelate harus difahami secara mendalam oleh polikus2 UMNO.

Bila melibatkan soal hak dan maruah ore kelate akan buang segala pegangan politik demi menjaga maruah mereka cuma golongan golongan yang digelarkan "'kelate murtad""saja yang dunggu tentang perkara ini.

Ini bermakna rakyat yang hadir pada malam itu bukan 100% adalah penyokong PAS tapi mereka adalah rakyat kelate yang tak rela maruah mereka dipijak dan hak mereka diketepikan.

Dari segi politik PAS tidak untung dari perhinpunan ini jikalau golongan "'kelate murtad"" dapat menyelami secara mendalam percaturan politik yang berlegar di kepala kuli.

Cuba renung apa akan terjadi kepada PAS dan UMNO kelantan selepas perhimpunan itu jikalau diatas pentas pada malam itu semua pemimpin UMNO yang berdarah kelantan berada bersama sama rakyat kelatan untuk mempertahankan hak mereka?..renunglah kesannya...

Diandaikan pula Royalti itu dibayarkan kepada kerajaan negeri ....sekali lagi cuba renung apa pandangan rakyat kelantan pada UMNO.....

Jika situasi itu berlaku UMNO telah berjaya 50% mengalahkan PAS kelantan sebelum pilihanraya umum ke 13....Secara politiknya rakyat kelantan akan mula menyebut wira wira rakyat kelate ini di bibir mereka dan keihklasan pemimpin UMNO kelantan akan terserlah walaupun UMNO itu tidak ikhlas.

Tapi kebodohan golongan ""kelate murtad"" tidak pandai menggunakan peluang yang terhidang untuk menzahirkan keihklasan yang tidak IKHLAS dari mereka sehingga sanggup digelarkan pengkhianat kepada rakyat kelate.....Apa boleh buat itu kehendak mereka..

Sekarang golongan "'kelate murtad"" baru tersedar akan natijahnya dan tidak berani lagi untuk bertindak ke atas Ku Li ......MAKNANYA kalau UMNO kelantan bertindak keatas Ku Li bermakna golongan "'kelate murtad"" ini terpaksa merayu pada rakyat negeri lain untuk mengekalkan perkataan YB di depan nama mereka.....

No comments: