Monday 11 August 2008



ANWAR IBRAHIM

Oleh Anwar Ibrahim

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Resah Sang Buas

Payung perlu disediakan sebelum air dari langit menimpa diri,sisa sisa peluru yang ada harus dimanfaatkan dan memastikan bukan bayang yang ditembak.

Kotak kotak perlu dikemaskan kerana mentari tidak sampai ke petang selalu berlaku dalam kehidupan ini.

Lega yang ditengah.

Moga tiada lagi kaunter kaunter trafik disebalik cermin kereta …..minyak nak turun boleh cuba singgah2 di pusat jualan kereta untuk melihat model2 kereta baru untuk ganti yang lama.

Tidak perlu lagi bersekang mata or curi masa waktu kerja untuk membaca berita berita di internet kerana Nampak gaya akhbar perdana dah telus dan tiada lagi berita fitnah menfitnah berkemungkinan akan hilang .

Tapi harus dingat di Malaysia ini susah nak dapat yang pasti ,kemungkinan saja yang selalu muncul.

Mimpi Si Fakir

Pak Ali terlewat sembahyang subuh pagi ini kerana asyik di buai mimpi indah tentang kesuburan tanaman padi nya kerana menggunakan baja subsidi yang elok dan berkualiti yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.

Mimpi Pak Ali bertambah indah bila dapat memusing stereng traktor yang baru untuk membajak sawah yang di hadiahkan oleh kerajaan yang baru.Pak Ali senyum sampai ke telinga bila tersedar dari mimpi dan tanpa membuang masa terus mencari Mak Esah untuk menceritakan kisah mimpinya.

No comments: