Tuesday 12 August 2008

HADIAH "SELUAR DALAM" DARI MB SELANGOR

5,000 berhimpun bantah UiTM dibuka untuk bukan Bumiputera




SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di sini pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera.

Pelajar mula berhimpun seawal jam 7 pagi di Dataran Shah Alam sebelum berarak secara aman menuju pintu masuk utama sejauh 500 meter diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmann Ulhakim Mohamad Idris.


Mereka turut membawa sepanduk 'Selamatkan UiTM' sambil menyanyikan lagu rasmi universiti itu dan lagu patriotik, Warisan.


Luqman turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diserahkan kepada wakil Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan.

Kandungan memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri tidak lagi membuat cadangan itu kerana UiTM adalah salah satu hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Pelajar mula bersurai kira-kira jam 10 pagi selepas Luqmann menyampaikan memorandum bagi membantah kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10 peratus kuota di UiTM diperuntukkan kepada bukan Bumiputera.



OTAK RAKYAT BERPUSING LAGI.


1. Apakah ini bayaran bagi air percuma yang diterima oleh rakyat selangor.

2.Apakah ini akibat penerimaan ladang "keji" dipersetujui.

3.Apakah hak melayu tinggal 90% sahaja.

4.Apakah wawasan MB Selangor lebih berwawasan dari Wawasan 2020.

Apapun alasan hak ini perlu dipertahankan ..........dimanakah pemimpin UMNO untuk pertahankan hak ini .

Kemana hilang Khir Toyo ,dimana keris UMNO........Kenapa Husam membisu ....Sallehuddin kaku....Mat Sabu sepatutnya turun ke gelanggang untuk sama sama bersabung......Sudah selesakah Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, janji Pak Brahim untuk meniti diatas meja dalam Dewan Rakyat perlu dikota.

No comments: