Monday 11 August 2008


Nik Aziz minta pencuri kembalikan harta orang miskin

11/08/2008 4:21pm

KOTA BHARU 11 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas daripada pajak gadai Islam, Ar-Rhan cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka merampas' harta orang miskin.

Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

``Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

``Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Utusan

Lintasan Otak yang Kaya

Apalah nik aziz nih Rm 500 hilang pun nak bising bising pemimpin jenis apa macam ni tak seperti PM duit Negara hilang berbilion billion pun relak jer tak kecoh kecoh pun .

Dalam hati kecilnya berkata kalau aku tak rompak harta orang miskin macam mana aku nak jadi kaya raya.

Yang sederhana Mengeluh

Apa jenis punya penyamun tak berhati perut kalu nak merompak tu pergilah rompak tauke tauke yang kaya raya tu ,bisnes yang juta juta ,projek yang billion bilion dah tentu duit banyak setakat kena rompak rm 100 ribu tidak jadikk papa orang kaya nih.

Kebimbangan Sang Miskin

Dimanakah tempat yang selamat dibumi Malaysia ini bagi orang orang miskin seperti aku.

No comments: