Monday 11 August 2008

HANCURKAN “PIHAK TERTENTU” MALAYSIA SELAMAT



Dr Mohamad Khir Toyo said...

Dan Kajang dan rakan bloggers lain,

Saya cukup setuju dgn pandangan sdr,yab Tun M wajar terlibat secara langsung,dalam usaha kita utk mengatasi kemelut ekonomi negara yang merungsingkan ini.inflasi telah meningkat,ia mula dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.

Saya rasa bagi yab pak lah mungkin tiada masalah hendak menjemput yab tun m,tetapi ada pihak tertentu yang akan tetap menghalang usaha ini,krn takut bayang bayang mereka sendiri.

kita perlukan pendekatan tersendiri dalam menangani ekonomi negara kerana ekonomi kita ada kekuatan dan kelemahan tersendiri,jika dibandingkan dgn negara lain.

Monday, August 11, 2008

HANCURKAN “PIHAK TERTENTU” MALAYSIA SELAMAT

Siapakah “pihak tertentu” yang dimaksudkan oleh Dato’ Sri Khir ini ,walaupun kelihatan begitu berkuasa hinggakan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia pun Perdana Menteri mesti mendapat restu daripada pihak ini terlebih dahulu tetapi yang anehnya pihak ini terlalu takut pada bayangan sendiri walaupun mungkin kekuatannya melepasi Perlembagaan Negara.

Pihak yang mempunyai bayang tapi tidak mempunyai rupa ini lah yang sebenarnya sedang dan akan menghancurkan Negara kita yang tercinta ini mengikut telahan Bekas MB Selangor.Bila membaca tulisan bekas MB ini otak kita semua ligat berfikir gerangan siapakah pihak itu?. Dua atau tiga wajah muncul kotak fikiran kita semua.

Kalau mengikut sitiuasi dan kehangatan keadaan sekarang ini seorang bekas banduan Sungai Buloh yang banyak mengkucar kacirkan alam sekitar di Negara kita dewasa ini seperti yang di perkatakan oleh Perdana Menteri hari ini .Tetapi bila dikaji dan diperhalusi dengan fikiran yang waras apa kuasa bekas banduan ini ada sehingga dapat mempengaruhi keputusan seorang PM .Adakah bekas banduan ini yang memaksa PM menaikkan harga minyak?.Adakah bekas banduan ini yang memaksa pihak berkuasa supaya menangkap beliau semula kerana masih tak puas duduk di istana hinggap Sungai buloh.

Pihak pembangkang mungkin pihak yang lebih tepat dan patut dipertanggungjawabkan dan mesti dihancurkan demi untuk selamatkan Malaysia .

Tapi bila PM naikkan harga minyak pihak ini bangkang jugak bukan suruh pun.Islam Hadhari yang dibawa oleh PM ditolak jugak PM teruskan jugak tak ikut pembangkang pun.Arahan di beri kepada PM supaya semua rakyat Malaysia undi pembangkang pilihanraya baru baru ini,PM keluarkan kenyataan suruh undi UMNO dan BN tak ikut pun saranan pihak pembangkang.

Seorang anak mungkin memaksa bapanya supaya jangan menolong PM menyelesaikan masalah ekonomi Malaysia kerana beliau telah menghantar surat supaya PM letak jawatan dan nasihat bapanya diperlukan untuk dirinya bila jadik PM kelak bukan untuk diberikan kepada PM sekarang.

Semenjak bila pula orang tua itu ikut telunjuk anak nih,kalu dulu kuasa besar dunia yang ditentangnya takkan mungkin sekarang ini dia ikut apa saja kata kata anaknya sendiri yang dia suap semasa kecil,tak dapat diterima oleh akal.

Pening jugak kepala otak hamba rakyat nak memikirkan cetusan bayangan pihak tertentu dari bekas MB ini.

Sebagai orang melayu kita selalunya ada banyak pepatah pepatah dan jangan sekali kali kita lupakan bila fikiran menjadi buntu dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Kuman di seberang lautan kelihatan tapi gajah didepan mata tak Nampak.

Bila difikirkan pepatah ini hanya bekas MB Selangor sahaja yang Nampak gajah itu kerana semua hamba rakyat asyik dengan meneropong kuman kuman di seberang laut.

KEPADA DATO’ SRI KHIR BAWALAH/KERAHLAH HAMBA RAKYAT INI BERSAMA SAMA DENGAN DATO’ UNTUK MENGHERET GAJAH INI DAN CAMPAKKAN KEDALAM LAUT SELAMA LAMANYA DEMI UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA .

No comments: